Kes Pusaka

Perkongsian tentang kes pusaka yang berlaku dan cara pengiraannya.

Saya ada anak lelaki, kenapa adik-beradik ada hak terhadap harta arwah suami?

Situasi ini di sebut sebagai KEMATIAN BERLAPIS.

1. Semasa suami meninggal, waris faraid suami ialah ibu, bapa, isteri dan seorang anak lelaki. Pada waktu tersebut ibu dan bapa bersetuju melepaskan hak mereka kepada cucu lelaki. Namun persetujuan ini hanya “CAKAP MULUT”.

2. Namun proses undang-undang untuk mendapatkan surat kuasa di Pejabat Pusaka Kecil tidak dilakukan kerana waris beranggapan proses ini rumit dan menyusahkan.

3. Selepas beberapa tahun berlalu, ibu dan bapa pula meninggal dunia. Maka bahagian mereka jatuh kepada waris-waris mereka iaitu 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

4. Pada awalnya kematian suami, bahagian faraid seperti ini. Harta adalah sebuah rumah yang bernilai RM500,000.

IBU: 4/24 = RM83,333.33
BAPA: 4/24 = RM83,333.33
ISTERI: 3/24 = RM62,500
ANAK LELAKI : 13/24 = RM270,833.33

5. Selepas kematian ibu dan bapa barulah waris bersetuju menfailkan permohonan di Pejabat Pusaka Kecil. Tapi pada masa ini adik beradik mahukan bahagian dari ibu dan bapa mereka berjumlah hampir RM167,000.

6. Jika isteri tidak mampu membayar bahagian adik beradik, jalan terakhir ialah menjual rumah tersebut dan membahagikan hasil jualan mengikut bahagian faraid masing-masing.

Persoalannya kemana isteri dan anak akan tinggal selepas ini?

Saya ada anak lelaki, kenapa adik-beradik ada hak terhadap harta arwah suami? Read More »

Contoh Artikel – Kes Pusaka

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan persoalan tentang pewarisan. Mohon komen di ruangan komen di bawah. Soalan Assalamualaikum ustaz, mohon jelaskan hak faraid waris-waris. Arwah bujang dan meninggalkan ibu

Contoh Artikel – Kes Pusaka Read More »

Scroll to Top